08 Mei 2011

LAWATAN PSS KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Pada 22 - 23 April yang lalu, semua pustakawan tingkatan 5 seramai 36 orang berserta 3 orang guru telah mengadakan lawatan pendidikan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Antara tempat yang kami lawati ialah UniKL cawangan Melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Ayer Keroh dan Banda Hilir. Kami telah menginap di Motel Bukit Serindit. Semua pelajar telah di bawa menaiki Melaka Duck Tours, Melaka Taming Sari, Melaka River Cruise dan Planetarium. Lawatan ini telah dapat mendekatkan lagi pelajar dengan sejarah Negeri Melaka serta membuka minda pelajar tentang program yang ditawarkan di Universiti.

AKTIVITI PUSTAKAWAN TINGKATAN 4

Sebagai permulaan sebelum dilantik sebagai pengawas perpustakaan SMTTJ, pustakawan percubaan tingkatan 4 telah diberi taklimat bagaimana menjalankan tugas-tugas di PSS. Antaranya mereka telah diberi penerangan mengenai tugas-tugas di kaunter, mengendalikan mesin fotostat, mesin laminate, mesin binding, proses buku baru dan penyusunan buku-buku serta majalah di rak. Semoga semua pustakawan percubaan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang!

06 Mei 2011

AKTIVITI PUSTAKAWAN TINGKATAN 5





Terima kasih kepada pustakawan tingkatan 5 kerana telah banyak membantu dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan di PSS

LAWATAN PERTUKARAN BUDAYA GURU AUSTRALIA KE PSS

Pada 14 April 2011 yang lalu seramai 3 orang guru dari Australia telah datang untuk mengadakan lawatan program pertukaran budaya di SMTTJ. Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Sumber Sekolah. Pelbagai perkara telah dikongsi bersama. Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dengan pihak PSS.



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA