14 Ogos 2009

LAWATAN SK TELOK KEMANG











Pada 5 Ogos 2009 yang lalu seramai 6 orang guru dan lebihkurang 80 orang pelajar daripada SK Telok Kemang telah datang melawat ke SMTTJ. Dengan bantuan ahli PRS mereka telah dibawa melawat sekitar sekolah dan antara tempat yang dilawati termasuklah Pusat Sumber Sekolah. Terima kasih kerana sudi datang melawat ke PSS SMTTJ semoga hasil daripada lawatan ini akan dapat dimanfaatkan dalam membangunkan lagi budaya cintakan ilmu di SK Telok Kemang.

13 Ogos 2009

RAK MAJALAH BARU

Perpustakaan SMTTJ nampaknya lebih ceria sejak rak majalah baru digunakan. Majalah yang dilanggan dapat disusun dengan kemas dan ceria. Guru-guru dan para pelajar bolehlah datang membaca majalah yang telah dilanggan antaranya majalah Keluarga, Rapi, Fokus SPM, Majalah i, Dara, Nur, Midi, PC, Rasa, Siswa, Kosmik, Dewan Masyarakat, e-Siswa dan Pa&Ma. Selamat Membaca!!!

PENGREDAN PSS

Alhamdulillah, syukur proses pengredan ke PSS SMTTJ telahpun berjalan pada 13 Ogos 2009. Dua orang pegawai telahpun datang iaitu En. Kamal dan En. Azizi. PSS SMTTJ nampaknya terus unggul mengekalkan gred A untuk tahun 2009.

01 Ogos 2009

BANGSA MEMBACA... BANGSA BERJAYA

REALITINYA pada masa ini rakyat Malaysia masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca. Budaya membaca berkait rapat dengan tradisi dan jendela pemerolehan ilmu. Namun, amalan masyarakat kita bahawa menimba ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan, memperoleh ijazah serta mendapat kerja yang bergaji lumayan. Justeru, sikap tidak gemar membaca adalah hambatan untuk memperkasa bangsa yang intelektual dan berakal budi terpuji. Membaca membolehkan kita keluar daripada kepungan kongkongan dan kejumudan pemikiran serta tingkah laku.
Bangsa Malaysia yang matang, rasional, analitikal, berjiwa patriotik serta maju fizikal dan mentalnya hanya akan menjadi kenyataan jika budaya membaca menjadi amalan segenap lapisan masyarakat. TABIAT membaca ialah suatu amalan yang baik untuk mendedahkan diri seseorang kepada ilmu pengetahuan dan peristiwa. Tabiat membaca seperti orang memakan nasi. Tanpa makanan, ibarat tidak lengkap hidup ini. Tanpa membaca ibarat tidak sempurna kehidupan hariannya. Seseorang yang mempunyai tabiat membaca yang baik bukan saja mempunyai minat yang tinggi terhadap pengetahuan, maklumat dan ilmu tetapi menyebabkan dorongan untuk membaca tidak boleh disekat. Dia akan membaca di mana saja dan kadang-kadang membaca apa saja. Tanpa bahan yang dibaca dia menjadi resah. Membaca baginya suatu kepuasan. Menerusi pembacaan seseorang dapat menambahkan maklumat, meluaskan pengetahuan, meningkatkan penguasaan ilmu dan memahami sesuatu peristiwa yang berlaku.Islam memang agama yang menganjurkan manusia membaca. Ayat yang pertama daripada Allah kepada Nabi kita ialah 'Iqra' atau 'Bacalah'. Al-Quran juga mengingatkan manusia tentang kepentingan akal iaitu 'Afala ya'qilun' untuk membolehkan manusia berfikir. Jalan mengembangkan pemikiran ialah menerusi membaca. Persoalannya, bilakah lagi rakyat Malaysia mahu menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada hidup?



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA