27 April 2010

PROGRAM BAZAR BACA DI SMTTJ






Melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membaca bukanlah suatu yang mudah. Berdasarkan lapuran tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca hanya dua buah buku setahun. Merujuk kepada fakta tersebut dan bertepatan dengan untaian kata ’membaca itu jambatan ilmu’ Pusat Sumber Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar bersama Sasbadi Sdn Bhd telah menganjurkan Program Bazar Baca selama 2 hari iaitu pada 10 dan 11 April 2010. Bazar Baca ini diadakan bertujuan untuk menanamkan budaya ilmu dan mengalakkan sifat suka membaca di kalangan pelajar dan guru SMTTJ dan sekolah sekitarnya. Selain dari itu program ini juga turut memberi pendedahan kepada semua yang hadir mengenai buku-buku rujukan keluaran terkini. Sebanyak 15 buah sekolah yang berhampiran telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi program ini yang telah diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar mulai jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelbagai jenis bahan bacaan dan peralatan menulis telah dijual. Pertandingan mewarna yang bertemakan 1 Malaysia telah diadakan pada 11 April 2010 untuk 2 kategori iaitu 7 hingga 9 tahun dan 10 – 12 tahun. Seramai 120 orang peserta telah mengambil bahagian. Pusat Sumber SMTTJ berasakan dengan sambutan yang diberi dapat merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan seterusnya membentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat.



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA