30 Mac 2010

KURSUS TEKNOPEN



Kursus Teknopen Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 23 Mac 2010. Antara Kursus yang dijalankan ialah Proses Buku-buku baru, Proses Peminjaman dan pemulangan buku, Proses Laminating, Proses Binding dan Proses Fotostat. Diharapkan kursus ini dapat membantu pengawas perpustakaan dalam melancarkan lagi perkhidmatan di PSS.

KAMPUS ASTRO


Kampus Astro telah dipasang di Bilik Tayangan pada 3 Mac 2010. Guru-guru bolehlah membawa pelajar untuk melihat tayangan-tayangan berkaitan pendidikan dengan membuat tempahan lebih awal.

PEMILIHAN PUSTAKAWAN PERCUBAAN TINGKATAN 4



Pada 2 Mac 2010 yang lalu, temuduga pustakawan percubaan telah dijalankan di unit-unit PSS. Seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 telah menghadiri temuduga. Daripada bilangan itu seramai 42 orang pelajar tingkatan 4 telah dipilih menjadi Pustakawan Percubaan. Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih. Semoga anda semua dapat menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan cemerlang.

BULAN BAHASA



Pelancaran Bulan Bahasa telah diadakan pada 1 Mac 2010. Pelbagai aktiviti Bahasa telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang bulan Mac. Antaranya ialah Pertandingan Teka silangkata, Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan pantun, Spell it right, public speaking, essay writing dan lain-lain. Penyampaian hadiah akan disampaikan pada bulan April. Terima kasih kepada guru-guru bahasa atas kerjasama yang telah diberikan.

PAMERAN DAN JUALAN BUKU


Pameran dan Jualan Buku telah diadakan pada 3 Februari 2010 bersempena hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 ambilan kedua. Terima kasih kepada semua pembeli dan pustakawan yang bertugas!

ANUGERAH LAMAN WEB SEKOLAH


Pada 20 Januari 2010 SMTTJ telah memenangi Naib Johan Anugerah Laman Web Sekolah. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan sempena Perhimpunan Bulanan. Tahniah kepada AJK Laman Web Sekolah.

03 Mac 2010

LAGI SUMBANGAN BUKU DARIPADA BEKAS PELAJAR STTJ


Terima kasih kepada bekas pelajar STTJ iaitu Zuhairiah kerana telah menyumbangkan 6 buah buku-buku baru ke perpustakaan STTJ untuk kegunaan para pelajar. Jasamu sentiasa dikenang. Semoga pahalanya akan terus mengalir selagi buku-buku tersebut digunakan.



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA