06 Disember 2011

BUKU SKRAP 2012

SEMUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2012 WAJIB MENYEDIAKAN SEKURANG-KURANGNYA SATU BUKU SKRAP UNTUK DISERAHKAN KEPADA PN.NORMALI PADA MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2012. TAJUK ADALAH BEBAS!

02 Disember 2011

AJK PENGAWAS PERPUSTAKAAN TAHUN 2012

NAMA

KELAS

JAWATAN

AHMAD NUR SHUKRI B. AZMI

4PKEE1

PENGERUSI (KETUA HARI)

AIN NAJWA BT ADNAN

4PKA2

NAIB PENGERUSI (KETUA HARI)

NURUL IZZATI SHAFIQAH BT. MOHD SHABANI

4PKA2

SETIAUSAHA

MUHAMMAD HAZRAN BIN ISMAIL

4PERD2

AKAUNTAN

WAN NURUL AMANINA BT WAN KAMARUDDIN

4PKA1

AJK PAPAN KENYATAAN

AUNI FALIHAH BT MAHAMAD

4PKA1

AJK PAPAN KENYATAAN

NUR SYAZWANI BT. MOHD FADZIL

4PERD2

AJK PAPAN KENYATAAN

ABDUL RAHMAN BIN ISHAK

4PKEE2

AJK ADD

AMEER FAHIM BIN AMEER SHARIFUDDIN

4PERD2

AJK ADD

MUHAMAD EFIZULHILMI B. ZULKEFLI

4 PKA3

KETUA HARI

MOHD SYAMIL B. RUSLAN

4PKA3

KETUA HARI

MOHD IZZI SALZAMIZZI B. MOHD SALEHIN

4PKA1

KETUA HARI

NUR FARRINI BT ISMAIL

4PKA1

AJK BBM

FATIN FARHANA BT KAMARZAMAN

4PKA2

AJK BBM

MOHD AKMAL HAZIQ B. HARUDIN

4PKA3

AJK BBM

IQBAL HAZIQ BIN AZMI

4PKEE1

AJK BBM

ATIQAH BT. MAHIZAN

4PKEE2

AJK BBM

SITI NORAISHAH BTE. ALIAS

4PKM1

AJK BBM

MUHAMAD FIRDAUS B. ROSLI

4 PKM2

AJK BBM

SYED ADAM B. SYED AMIR

4 PKM3

AJK BBM

ZU MIRRAH BT MOHAMAD SAFIRUDIN

4PERD1

AJK BBM

MUHAMMAD SAFUAN B. MOHD ZAIN

4PERD2

AJK BBM

MAKLUMAN

* SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 TAHUN 2012 DIKEHENDAKI MENGHANTAR BUKU NILAM UNTUK DIREKODKAN KALI PERTAMA PADA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN.

* PEMAKAIAN BAJU HIJAU PUSTAKAWAN UNTUK TAHUN 2012 ADALAH DIBATALKAN.

TAKLIMAT SISTEM AUTOMASI TARANTULA PS-SENTRAL


Pada 6 Oktober 2011, PSS SMTTJ telah mengadakan sesi taklimat kepada pustakawan tingkatan 4 berkaitan sistem automasi Tarantula PS-Sentral yang berkaitan dengan merekod buku baru, menampal barcode, memasukkan gambar ahli dan proses sirkulasi. Insya-Allah pada tahun 2012 perpustakaan SMTTJ akan menggunakan sistem automasi secara online sepenuhnya. Terima kasih kepada semua pustakawan yang telah memberikan kerjasama.



MAJLIS ANUGERAH PSS, KOKURIKULUM DAN GRADUASI 2011

Tanggal 5 Oktober 2011 Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar telah mengadakan Majlis Anugerah Kokurikulum, Pusat sumber sekolah dan Graduasi. Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk menghargai semua pelajar dan guru yang telah menyumbang kepada kejayaan sekolah untuk aktiviti akademik dan kokurikulum. Majlis ini telah diadakan tepat pada pukul 9 pagi dan dirasmikan oleh Dr Aziz bin Sahat @ Ashari, Ketua Penolong Pengarah Unit Perhubungan Industri dan Agensi Luar, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan pencak silat dan sketsa. Kedua-dua persembahan ringkas ini telah mendapat pujian tetamu VIP dan para penonton walaupun pelajar berlatih dalam masa yang singkat. Ini membuktikan pelajar SMTTJ adalah pelajar yang aktif dan kreatif. Majlis ini telah berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan memberi semangat yang baru dan inspirasi untuk pelajar tingkatan empat untuk menjadi pelapis pada tahun akan datang untuk terus aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum.


PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN MINI DALAM KELAS




Pertandingan perpustakaan Mini dalam kelas telah diadakan. Penilaiannya telah dibuat pada 26 hb September 2011. Pemenang adalah terdiri daripada

JOHAN : Tingkatan 4 Perdagangan 1 (CIK YEO KIM YEN)

NAIB JOHAN : Tingkatan 5 PKE 2 ( PN HJH FAUZIYAH BT JANI)

KETIGA : Tingkatan 4 PKE 2 (PN HJH NORMALA BT HJ YUSOF)

Syabas dan Tahniah kepada kelas yang menang!

07 Julai 2011

SUMBANGAN BUKU OLEH BEKAS PELAJAR STTJ 94/95



Pada 25 Jun 2011, bekas pelajar STTJ tahun 1994/95 yang diketuai oleh En. Nor Azizi bin Nordin telah hadir ke sekolah untuk menyampaikan duit sumbangan penyenggaraan surau. Di samping itu mereka juga turut menyumbang bahan-bahan bacaan ilmiah untuk kegunaan perpustakaan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka. Semoga ini menjadi titik permulaan bagi bekas pelajar menghargai jasa sekolah.

AKTIVITI MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011












Sepanjang minggu bermula 20 Jun - 25 Jun 2011 telah berlangsung minggu PSS bergabung dengan Minggu Koperasi sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, sudoku, pidato, bersajak, menulis esei, teka silang kata, mencipta kad ucapan dan gerai jualan. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada para guru, pengawas perpustakaan tingkatan 4 dan 5 yang telah bertugas di sepanjang minggu tersebut.

28 Jun 2011

21 Jun 2011

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

Sepanjang minggu mulai 20 hingga 25 Jun 2011, akan berlangsung Minggu PSS dan Koperasi SMTTJ. Antara aktiviti yang dijalankan ialah majlis pelancaran dan tayangan multimedia, pertandingan pidato, menulis esei, mencipta pantun, membaca sajak, sudoku, pertandingan mewarna kanak-kanak, menghasilkan kad ucapan, teka silangkata, penghasilan poster photoshop, perpustakaan mini dan kuiz. Selain daripada itu PSS juga turut mengadakan tayangan gambar, jualan dan pameran buku serta jualan gerai makanan.
Tema Minggu PSS pada tahun ini ialah "PSS penjana Budaya Ilmu"


7 SECRETS OF SUCCESS :

I found answers in my room :

Door said - Push hard to achieve your goals..... Calendar said - Be up - to - date..... Clock said - Every minute is precious..... Fan said - Be cool Mirror said - Reflect before you act.... Roof said - Aim high ..... Window said - See the world

08 Mei 2011

LAWATAN PSS KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Pada 22 - 23 April yang lalu, semua pustakawan tingkatan 5 seramai 36 orang berserta 3 orang guru telah mengadakan lawatan pendidikan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Antara tempat yang kami lawati ialah UniKL cawangan Melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Ayer Keroh dan Banda Hilir. Kami telah menginap di Motel Bukit Serindit. Semua pelajar telah di bawa menaiki Melaka Duck Tours, Melaka Taming Sari, Melaka River Cruise dan Planetarium. Lawatan ini telah dapat mendekatkan lagi pelajar dengan sejarah Negeri Melaka serta membuka minda pelajar tentang program yang ditawarkan di Universiti.

AKTIVITI PUSTAKAWAN TINGKATAN 4

Sebagai permulaan sebelum dilantik sebagai pengawas perpustakaan SMTTJ, pustakawan percubaan tingkatan 4 telah diberi taklimat bagaimana menjalankan tugas-tugas di PSS. Antaranya mereka telah diberi penerangan mengenai tugas-tugas di kaunter, mengendalikan mesin fotostat, mesin laminate, mesin binding, proses buku baru dan penyusunan buku-buku serta majalah di rak. Semoga semua pustakawan percubaan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang!

06 Mei 2011

AKTIVITI PUSTAKAWAN TINGKATAN 5





Terima kasih kepada pustakawan tingkatan 5 kerana telah banyak membantu dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan di PSS

LAWATAN PERTUKARAN BUDAYA GURU AUSTRALIA KE PSS

Pada 14 April 2011 yang lalu seramai 3 orang guru dari Australia telah datang untuk mengadakan lawatan program pertukaran budaya di SMTTJ. Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Sumber Sekolah. Pelbagai perkara telah dikongsi bersama. Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dengan pihak PSS.

15 Mac 2011

MAC - BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Sepanjang bulan Mac ini pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bersempena Bulan Sains dan Matematik anjuran Panitia Matematik, Panitia Matematik Tambahan, Panitia Fizik dan Panitia Kimia. Antaranya ialah pertandingan Sudoku, Origami, TEAMS, Kuiz Olympiad, pertandingan Grafik GSP, Membina silangkata, membina instrumen Fizik, Eksplorasi makmal dan Pertunjukkan Sains. Tujuan Bulan S&M ini adalah untuk menanam minat terhadap sains dan matematik, memupuk kerjasama kumpulan, membentuk sikap positif dan memberi pendedahan kepentingan dan kegunaan sains dan matematik dalam kehidupan seharian. Majlis perlancaran Bulan Sains & Matematik telah dilancarkan pada 28 Februari 2011 oleh Pn. Hjh Noraziah bt Ramli, pengetua SMTTJ



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA