Tanggal 5 Oktober 2011 Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar telah mengadakan Majlis Anugerah Kokurikulum, Pusat sumber sekolah dan Graduasi. Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk menghargai semua pelajar dan guru yang telah menyumbang kepada kejayaan sekolah untuk aktiviti akademik dan kokurikulum. Majlis ini telah diadakan tepat pada pukul 9 pagi dan dirasmikan oleh Dr Aziz bin Sahat @ Ashari, Ketua Penolong Pengarah Unit Perhubungan Industri dan Agensi Luar, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan pencak silat dan sketsa. Kedua-dua persembahan ringkas ini telah mendapat pujian tetamu VIP dan para penonton walaupun pelajar berlatih dalam masa yang singkat. Ini membuktikan pelajar SMTTJ adalah pelajar yang aktif dan kreatif. Majlis ini telah berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan memberi semangat yang baru dan inspirasi untuk pelajar tingkatan empat untuk menjadi pelapis pada tahun akan datang untuk terus aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan