23 November 2009

JAMUAN PERPISAHAN




"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa...
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa...
Berdoalah agar kita
Aman dan sentosa..."
Sempena menghargai jasa dan sumbangan pustakawan Tingkatan 5, satu jamuan perpisahan telah diadakan pada 15 November 2009 yang lalu. Majlis pada hari itu telah dikendalikan oleh pustakawan tingkatan 4. Selain daripada jamuan majlis turut mengadakan acara permainan dan karaoke. Terima kasih kepada semua!!!

18 November 2009

HARI PERTAMA SPM....


Wahai anak didikku.... hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Jawablah dengan penuh ketenangan. Segala ilmu telah guru-guru curahkan. Ingat kembali dan gunakannya. Kami guru-guru telah menghalalkan segala ilmu dan kami juga menadah tangan memohon restu Illahi agar mempermudahkan anak-anak didik kami menjawab soalan peperiksaan SPM ini. Ya...Allah, Semoga anak-anak didik kami beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

RIMUP RAKAN MUDA SMTTJ DAN SMTA


Pada 17 November 2009 telah berlangsung Program RIMUP Rakan Muda gabungan antara SM Teknik Tuanku Jaafar dan SM Teknik Ampangan yang hanya melibatkan pelajar tingkatan 4. Program pada pagi itu dimulai dengan acara senamrobik diikuti dengan sukaneka acara A Frame, Terompah dan Bola Perang. Sukaneka berlangsung dalam suasana meriah. Pengetua SM Teknik Ampangan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sebahagian lagi pelajar telah mengikuti ceramah motivasi di Dewan Kuliah. Majlis penutup telah dijalankan di kantin sekolah.

04 November 2009

ANUGERAH PUSAT SUMBER SMTTJ



Pada 28hb Oktober yang lalu telah berlangsung majlis penyampaian hadiah bagi Anugerah Pusat Sumber SMTTJ. Penyampaian hadiah pada pagi tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Tn. Hj Arshad. Berikut ialah antara hadiah yang telah disampaikan iaitu peminjam buku terbanyak di perpustakaan yang dimenangi oleh Siti Norlaila (4A3) dan Zulhilmi (5E2), 11 orang pelajar telah menerima hadiah kerana telah berjaya mencapai tahap NILAM, Pencapaian kelas terbaik untuk program NILAM telah dimenangi oleh kelas 5A3, 5E1 dan 5E3. Anugerah PSS juga tidak melupakan sumbangan para guru dan staf sokongan. Mereka juga turut menerima hadiah bagi pembaca terbanyak antara guru dan staf yang dimenangi oleh Pn. Hjh Normala, Pn. Azizah Mohd dan Pn. Anna Diana. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi guru yang menghasilkan BBM dalam bentuk powerpoint terbanyak dan ia telah dimenangi oleh Pn. Azizah Mohd, Pn. Juliza dan Pn. Saemah. Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam memastikan kecemerlangan PSS SMTTJ.
"Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan"

22 Oktober 2009

TERIMA KASIH ... JASAMU DIKENANG

Setelah 2 tahun mencurah keringat dalam memastikan PSS SMTTJ terus maju, kini tibalah saat-saat penghujung perkhidmatan pustakawan tingkatan 5. Tiada kata yang mampu diucapkan atas segala jasa yang telah disumbangkan. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua dan hanya Allah yang mampu membalas! Kepada semua pustakawan tingkatan 5... semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009 nanti... insyaAllah....

14 September 2009

RAMADHAN DATANG LAGI...SYAWAL KIAN MENJELMA...

Hari ini dah pun 24 hari umat Islam berpuasa. Masa berlalu begitu pantas...bagai tak terasa Ramadhan yang dilalui berada dipenghujungnya. Syawal pula semakin hampir. Kepada semua yang melayari blog ini, penulis ingin memohon maaf jika selama ini terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah yang tak kena, tertanya tak tentu hala, tersasul yang tak sengaja, terpukul kat mana-mana, terpekik di telinga, terhantuk dikepala, terpinjam harta benda, termoody tak semena-mena, terumpat bila-bila dan termacam-macam lagi yang kena mengena. Salam Aidil Fitri buat semua.

14 Ogos 2009

LAWATAN SK TELOK KEMANG











Pada 5 Ogos 2009 yang lalu seramai 6 orang guru dan lebihkurang 80 orang pelajar daripada SK Telok Kemang telah datang melawat ke SMTTJ. Dengan bantuan ahli PRS mereka telah dibawa melawat sekitar sekolah dan antara tempat yang dilawati termasuklah Pusat Sumber Sekolah. Terima kasih kerana sudi datang melawat ke PSS SMTTJ semoga hasil daripada lawatan ini akan dapat dimanfaatkan dalam membangunkan lagi budaya cintakan ilmu di SK Telok Kemang.

13 Ogos 2009

RAK MAJALAH BARU

Perpustakaan SMTTJ nampaknya lebih ceria sejak rak majalah baru digunakan. Majalah yang dilanggan dapat disusun dengan kemas dan ceria. Guru-guru dan para pelajar bolehlah datang membaca majalah yang telah dilanggan antaranya majalah Keluarga, Rapi, Fokus SPM, Majalah i, Dara, Nur, Midi, PC, Rasa, Siswa, Kosmik, Dewan Masyarakat, e-Siswa dan Pa&Ma. Selamat Membaca!!!

PENGREDAN PSS

Alhamdulillah, syukur proses pengredan ke PSS SMTTJ telahpun berjalan pada 13 Ogos 2009. Dua orang pegawai telahpun datang iaitu En. Kamal dan En. Azizi. PSS SMTTJ nampaknya terus unggul mengekalkan gred A untuk tahun 2009.

01 Ogos 2009

BANGSA MEMBACA... BANGSA BERJAYA

REALITINYA pada masa ini rakyat Malaysia masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca. Budaya membaca berkait rapat dengan tradisi dan jendela pemerolehan ilmu. Namun, amalan masyarakat kita bahawa menimba ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan, memperoleh ijazah serta mendapat kerja yang bergaji lumayan. Justeru, sikap tidak gemar membaca adalah hambatan untuk memperkasa bangsa yang intelektual dan berakal budi terpuji. Membaca membolehkan kita keluar daripada kepungan kongkongan dan kejumudan pemikiran serta tingkah laku.
Bangsa Malaysia yang matang, rasional, analitikal, berjiwa patriotik serta maju fizikal dan mentalnya hanya akan menjadi kenyataan jika budaya membaca menjadi amalan segenap lapisan masyarakat. TABIAT membaca ialah suatu amalan yang baik untuk mendedahkan diri seseorang kepada ilmu pengetahuan dan peristiwa. Tabiat membaca seperti orang memakan nasi. Tanpa makanan, ibarat tidak lengkap hidup ini. Tanpa membaca ibarat tidak sempurna kehidupan hariannya. Seseorang yang mempunyai tabiat membaca yang baik bukan saja mempunyai minat yang tinggi terhadap pengetahuan, maklumat dan ilmu tetapi menyebabkan dorongan untuk membaca tidak boleh disekat. Dia akan membaca di mana saja dan kadang-kadang membaca apa saja. Tanpa bahan yang dibaca dia menjadi resah. Membaca baginya suatu kepuasan. Menerusi pembacaan seseorang dapat menambahkan maklumat, meluaskan pengetahuan, meningkatkan penguasaan ilmu dan memahami sesuatu peristiwa yang berlaku.Islam memang agama yang menganjurkan manusia membaca. Ayat yang pertama daripada Allah kepada Nabi kita ialah 'Iqra' atau 'Bacalah'. Al-Quran juga mengingatkan manusia tentang kepentingan akal iaitu 'Afala ya'qilun' untuk membolehkan manusia berfikir. Jalan mengembangkan pemikiran ialah menerusi membaca. Persoalannya, bilakah lagi rakyat Malaysia mahu menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada hidup?

27 Julai 2009

TAKLIMAT KEARAH PENGURUSAN BERKUALITI MS ISO 9001:2008


Hari ini 25 Julai 2009, semua guru dan staf sokongan berpeluang mendengar taklimat daripada mantan Pengarah BPTV iaitu Dato' Hj Yusoff Harun berkaitan dengan Pengurusan Berkualiti MS ISO 9001:2008. Pelbagai panduan telah diberikan oleh Dato' kepada kita semua... sekarang semua warga SMTTJ perlu bergerak mengikut panduan dan landasan yang telah diberi dengan moto "WE ARE THE BEST"!!!

PERHIMPUNAN PAGI


Perhimpunan rasmi pagi ini berjalan lancar. Dalam perhimpunan hari ini Penyelaras PSS sempat menyampaikan beberapa maklumat berkaitan Pusat Sumber Sekolah iaitu antaranya:

# pustakawan setiap kelas hendaklah menggumpulkan semua surat khabar lama yang terdapat di dalam kelas masing-masing dan hantar ke stor PSS

# Semua pustakawan tingkatan 4 dan tingkatan 5 dikehendaki menyumbangkan sekurang-kurangnya sebuah buku ke perpustakaan sekolah. Pelajar-pelajar yang lain juga digalakkan menyumbangkan buku untuk diabadikan di perpustakaan sekolah untuk kegunaan pelajar seterusnya.

# Semua pelajar juga diingatkan bahawa tarikh penghantaran Buku Rekod NILAM untuk direkodkan data terkini ialah pada 31 Julai 2009.

#Pelajar juga diingatkan supaya tidak melakukan 2 kesalahan di dalam perpustakaan iaitu makan dan membuang sampah merata-rata.

Selangkah ke perpustakaan.... sejuta pengetahuan...


17 Julai 2009

PERJUMPAAN TIGA PENJURU


Hari ini, 17 Julai 09 telah diadakan Perjumpaan Tiga Penjuru. Ramai ibubapa yang hadir untuk berbincang dengan guru tingkatan dan guru mata pelajaran berkaitan pencapaian anak mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun. Ada yang gembira dan ada yang kecewa. Antara kata-kata ibu bapa yang datang kepada guru tingkatan dan anak mereka ialah:
cikgu tolonglah tengokkan anak saya di dalam kelas...
cikgu pukullah anak saya jika mereka degil dan malas janji mereka cemerlang dalam pelajaran....
dari jauh ayah datang... keputusan kau mengecewakan ayah...
masa cuti baru ni anak saya tido dan tengok tv saja..malas buat ulangkaji....
macamana anak saya dalam kelas cikgu?.....
mak bukan nak yang lain, mak nak anak mak berjaya saja.....
jangan cakap macam tu dengan cikgu, kamu kena hormat cikgu!.....
tolonglah berubah... mak dan ayah tak nak tengok keputusan macam ni lagi!....
anak saya ni ada harapan dapat A tak cikgu?.....

Begitu tinggi harapan ibu dan ayah mereka shingga menitis airmata si anak dan bergenang air mata si ibu. Semoga akan ada perubahan pada anak didik kami. Kami sebagai guru akan tolong selagi mampu dan selagi terdaya. Tinggi harapan ibu bapa tinggi lagi harapan kami guru-guru!

PERTANDINGAN DIKIR BARAT


Bersempena Hari Kokurikulum dan Bulan Sains dan Matematik, Sekolah telah menganjurkan satu pertandingan Dikir Barat. Pertandingan ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 4 dan mengikut Kelab Persatuan. Untuk tidak melepaskan peluang, Kelab Perpustakaan turut sama menyertai pertandingan ini dan dikir barat yang disampaikan mestilah dalam loghat nogori. Berkat kerja sama akhirnya mereka berjaya jugak membuat persembahan walaupun masa berlatih suntuk. Kelab Perpustakaan juga telah bergabung dengan Kelab Multimedia memandang tidak cukup bilangan ahli. Kalah menang adat bertanding.... yang juara hanya satu kumpulan sahaja dan yang kalah lagi ramai.... jadi jangan risau dengan keputusannya!

TERIMA KASIH...


Pada 16 Julai 2009 telah diadakan satu jamuan di makmal fizik yang dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik. Jamuan ini diadakan khusus untuk meraikan Cikgu Faiz dan Cikgu Hafiz yang telah menjalani latihan praktikal mengajar di SMTTJ sejak 3 bulan yang lalu. Kedua-duanya telah mengajar mata pelajaran Fizik dan Matematik. Terima kasih kepada kalian berdua...semoga selepas ini akan bergelar guru yang berdedikasi, cemerlang, terbilang dan terbilang!!!

10 Julai 2009

LAWATAN PENANDA ARASAN SM TEKNIK WAKAF TEMBUSU TERENGGANU



Hari ini seramai 28 orang guru daripada SM Teknik Wakaf Tembusu telah datang melawat ke SM Teknik Tuanku Jaafar. Antara tempat yang dilawati ialah PSS SMTTJ. GPM Pn. Normali telah membawa mereka ke unit-unit yang terdapat di PSS iaitu Perpustakaan, SALC, Bilik Tayang dan Bilik BBM.

02 Julai 2009

PERPUSTAKAAN MINI DALAM KELAS


Terima kasih kepada kelas-kelas yang menyertai pertandingan perpustakaan mini dalam kelas. Pemenang akan menerima hadiah pada perhimpunan akan datang.

30 Jun 2009

BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Bulan Sains dan Matematik dijalankan sepanjang bulan Julai. Semua guru dalam Bidang Sains dan Matematik di kehendaki memberikan kerjasama dengan ketua panitia bagi menyediakan dua aktiviti utama iaitu Kuiz Marathon dan juga Kembara Ilmu bersama TEAMS . Selain daripada itu pelajar juga akan didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan Sains dan Matematik, Kursus Kepimpinan, Kursus Komunikasi/Pengucapan Awam, Lawatan ke UKM, Kuiz Olympiad Kimia pada 18 Julai dan Kuiz Kebangsaan Fizik pada 30 Julai. Pemilihan pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan membina blog untuk mewakili Bidang Sains dan Matematik. Guru dan pelajar juga dijemput untuk mempromosikan blog masing-masing. Tarikh akhir penyertaan ialah 24 Julai 2009.
Syarat - syarat pertandingan blog:
1. Blog mestilah original
2. Mempunyai Tema
3. Sekurang-kurangnya 2 column
4. Kreatif dan Inovatif
5. Sesuai untuk dilink ke laman web sekolah
6. Lengkap berinfomasi dan menarik
7. Mempunyai button untuk kembali ke laman web sekolah

29 Jun 2009

HARI KOPERASI DAN MINGGU PSS







Berkat kerjasama semua pihak akhirnya sambutan Hari Koperasi dan Minggu PSS telah berjalan dengan meriahnya bermula 24 Jun dan kemuncaknya pada 27 Jun 2009. Pelbagai program telah dijalankan yang antaranya pertandingan pidato, sudoku, teka silang kata, menulis esei, sukaneka, buku skrap, membina gajet, puzzle, karaoke, pakaian beragam, pameran dan jualan buku, tayangan gambar, gerai jualan makanan, penjualan penanda buku, ceramah Lestari Bahasa bersama Pn. Hjh Mahaya, penyerahan tanaman kaktus, Futsal, Pentanq dan yang peristiwa yang paling penting ialah pelancaran Laman Blog PSS. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah turut sama-sama menjayakan sambutan ini. Nampaknya gerai jualan laris macam goreng pisang panas!!! Syabas dan tahniah kepada semua pemenang!!!

24 Jun 2009

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Pelajar-pelajar bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan pertengahan tahun yang berjalan mulai 16 - 26 Jun 2009. Didoakan semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Lepas ni cikgu-cikgu sibuk la menyemak kertas....
Tetapi kepada semua warga sekolah dalam kesibukan tu jangan lupa Hari Koperasi Sekolah dan Minggu PSS ya... Terima kasih atas kerjasama semua.

16 Jun 2009

PROGRAM SEKOLAH KEMBAR

Program Sekolah Kembar (BUKIT TINGGI) JPN -STTJ . Program Anak Angkat dan Guru Magang melibatkan kolaborasi antara Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Malaysia. Mesyuarat Sekolah Kembar telah berlangsung di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar Seremban pada 15 Jun 2009. Program peyerahan anak angkat akan di buat pada 22 hb Jun 2009 di Dewan Besar Tuanku Jaafar Seremban. Program Sekolah Kembar akan bermula pada 22 Jun - 5 Julai 2009. Selamat Datang kepada semua pelajar yang terlibat dalam program sekolah kembar ini. Selamat Datang ke Negeri Adat " Keunikan Budaya Teras Pemantapan Akhlak Mulia".

HARI KOPERASI SEKOLAH DAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar akan mengadakan Hari Koperasi sekolah dan Minggu Pusat Sumber Sekolah pada 24 hingga 27 hb Jun 2009.

Perlaksanaan aktiviti adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan aktiviti Ko Akademik bagi pembangunan sahsiah pelajar. Pusat Sumber sebagai pusat gedung ilmu akan bekerjasama dengan koperasi sekolah menjalankan pelbagai aktiviti sempena minggu ini.

Warga STTJ adalah dipelawa menyertai karnival ini agar ianya lebih meriah dimana melibatkan segenap lapisan masyarakat dan komuniti setempat.
Tema HKS pada tahun ini adalah Integrasi Koperasi Dewasa dan Koperasi Sekolah Teras Kecemerlangan . Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk pelajar, kanak-kanak tadika, guru dan juga komuniti setempat . Bagi menyokong aktiviti ini, pihak penganjur membuat jualan Kupon berharga RM 5.00 sahaja. Keterangan lanjut sila berhubung dengan ALK Koperasi dan juga AJK Pusat Sumber.Maklumat dan cadangan daripada pihak tuan/puan boleh di emailkan kepada minah_sttj@yahoo.com atau normalifaizal@yahoo.com

08 Mei 2009

PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN MINI KELAS

Setiap kelas diwajibkan mengadakan satu sudut perpustakaan mini di dalam kelas masing-masing. Setiap pelajar diwajibkan menyumbang sekurang-kurangnya sebuah buku cerita untuk dimuatkan dalam perpustakaan mini tersebut. Pertandingan ini dinilai berdasarkan kepada: Bilangan buku, Kreativiti Hiasan, Sudut yang menarik dan penggunaan sudut tersebut untuk menambahkan rekod bacaan NILAM. Pemarkahan akan dibuat dua kali iaitu pada bulan Jun dan Oktober. Hadiah disediakan untuk kedua-dua bulan tersebut. Selamat berjaya!!!

PERTANDINGAN MENGHASILKAN BUKU SKRAP

Bersempena Minggu PSS pada 22 - 27 Jun 2009, setiap kelas diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan penghasilan buku skrap. Setiap buku skrap mesti dihasilkan oleh 2 orang pelajar. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Jun 2009. Bilangan muka surat mestilah sekurang-kurang 12 muka surat. Buku skrap akan dinilai berdasarkan kreativiti, gambar-gambar, warna, isi, bilangan muka surat dan keunikan. Tajuk Buku skrap yang boleh dipilih ialah berkaitan Alam sekitar, Kesihatan, Pengangkutan dan Kemalangan, Isu Jenayah dan Kekejaman, Cuti-cuti Malaysia, Pendidikan, Islam, Sains dan Teknologi, Masalah Dunia, Peperangan dan Sejarah. Hadiah disediakan kepada 10 buku skrap yang terbaik. Selamat Berkreativiti!!!

05 Mei 2009

TAHNIAH!!!


Tahniah kepada semua pustakawan percubaan tingkatan 4 kerana telah terpilih menjadi pustakawan percubaan bagi tahun 2009. Aktiviti pertama yang telah dijalankan pada 5 Mei 09 ialah memproses buku baru, menyusun buku di rak, membuat keratan akhbar dan melengkapkan papan kenyataan PSS dengan bantuan beberapa pustakawan tingkatan 5.



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA