23 November 2009

JAMUAN PERPISAHAN




"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa...
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa...
Berdoalah agar kita
Aman dan sentosa..."
Sempena menghargai jasa dan sumbangan pustakawan Tingkatan 5, satu jamuan perpisahan telah diadakan pada 15 November 2009 yang lalu. Majlis pada hari itu telah dikendalikan oleh pustakawan tingkatan 4. Selain daripada jamuan majlis turut mengadakan acara permainan dan karaoke. Terima kasih kepada semua!!!

18 November 2009

HARI PERTAMA SPM....


Wahai anak didikku.... hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Jawablah dengan penuh ketenangan. Segala ilmu telah guru-guru curahkan. Ingat kembali dan gunakannya. Kami guru-guru telah menghalalkan segala ilmu dan kami juga menadah tangan memohon restu Illahi agar mempermudahkan anak-anak didik kami menjawab soalan peperiksaan SPM ini. Ya...Allah, Semoga anak-anak didik kami beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

RIMUP RAKAN MUDA SMTTJ DAN SMTA


Pada 17 November 2009 telah berlangsung Program RIMUP Rakan Muda gabungan antara SM Teknik Tuanku Jaafar dan SM Teknik Ampangan yang hanya melibatkan pelajar tingkatan 4. Program pada pagi itu dimulai dengan acara senamrobik diikuti dengan sukaneka acara A Frame, Terompah dan Bola Perang. Sukaneka berlangsung dalam suasana meriah. Pengetua SM Teknik Ampangan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sebahagian lagi pelajar telah mengikuti ceramah motivasi di Dewan Kuliah. Majlis penutup telah dijalankan di kantin sekolah.

04 November 2009

ANUGERAH PUSAT SUMBER SMTTJ



Pada 28hb Oktober yang lalu telah berlangsung majlis penyampaian hadiah bagi Anugerah Pusat Sumber SMTTJ. Penyampaian hadiah pada pagi tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Tn. Hj Arshad. Berikut ialah antara hadiah yang telah disampaikan iaitu peminjam buku terbanyak di perpustakaan yang dimenangi oleh Siti Norlaila (4A3) dan Zulhilmi (5E2), 11 orang pelajar telah menerima hadiah kerana telah berjaya mencapai tahap NILAM, Pencapaian kelas terbaik untuk program NILAM telah dimenangi oleh kelas 5A3, 5E1 dan 5E3. Anugerah PSS juga tidak melupakan sumbangan para guru dan staf sokongan. Mereka juga turut menerima hadiah bagi pembaca terbanyak antara guru dan staf yang dimenangi oleh Pn. Hjh Normala, Pn. Azizah Mohd dan Pn. Anna Diana. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi guru yang menghasilkan BBM dalam bentuk powerpoint terbanyak dan ia telah dimenangi oleh Pn. Azizah Mohd, Pn. Juliza dan Pn. Saemah. Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam memastikan kecemerlangan PSS SMTTJ.
"Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan"



MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA