27 Julai 2009

TAKLIMAT KEARAH PENGURUSAN BERKUALITI MS ISO 9001:2008


Hari ini 25 Julai 2009, semua guru dan staf sokongan berpeluang mendengar taklimat daripada mantan Pengarah BPTV iaitu Dato' Hj Yusoff Harun berkaitan dengan Pengurusan Berkualiti MS ISO 9001:2008. Pelbagai panduan telah diberikan oleh Dato' kepada kita semua... sekarang semua warga SMTTJ perlu bergerak mengikut panduan dan landasan yang telah diberi dengan moto "WE ARE THE BEST"!!!

PERHIMPUNAN PAGI


Perhimpunan rasmi pagi ini berjalan lancar. Dalam perhimpunan hari ini Penyelaras PSS sempat menyampaikan beberapa maklumat berkaitan Pusat Sumber Sekolah iaitu antaranya:

# pustakawan setiap kelas hendaklah menggumpulkan semua surat khabar lama yang terdapat di dalam kelas masing-masing dan hantar ke stor PSS

# Semua pustakawan tingkatan 4 dan tingkatan 5 dikehendaki menyumbangkan sekurang-kurangnya sebuah buku ke perpustakaan sekolah. Pelajar-pelajar yang lain juga digalakkan menyumbangkan buku untuk diabadikan di perpustakaan sekolah untuk kegunaan pelajar seterusnya.

# Semua pelajar juga diingatkan bahawa tarikh penghantaran Buku Rekod NILAM untuk direkodkan data terkini ialah pada 31 Julai 2009.

#Pelajar juga diingatkan supaya tidak melakukan 2 kesalahan di dalam perpustakaan iaitu makan dan membuang sampah merata-rata.

Selangkah ke perpustakaan.... sejuta pengetahuan...


17 Julai 2009

PERJUMPAAN TIGA PENJURU


Hari ini, 17 Julai 09 telah diadakan Perjumpaan Tiga Penjuru. Ramai ibubapa yang hadir untuk berbincang dengan guru tingkatan dan guru mata pelajaran berkaitan pencapaian anak mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun. Ada yang gembira dan ada yang kecewa. Antara kata-kata ibu bapa yang datang kepada guru tingkatan dan anak mereka ialah:
cikgu tolonglah tengokkan anak saya di dalam kelas...
cikgu pukullah anak saya jika mereka degil dan malas janji mereka cemerlang dalam pelajaran....
dari jauh ayah datang... keputusan kau mengecewakan ayah...
masa cuti baru ni anak saya tido dan tengok tv saja..malas buat ulangkaji....
macamana anak saya dalam kelas cikgu?.....
mak bukan nak yang lain, mak nak anak mak berjaya saja.....
jangan cakap macam tu dengan cikgu, kamu kena hormat cikgu!.....
tolonglah berubah... mak dan ayah tak nak tengok keputusan macam ni lagi!....
anak saya ni ada harapan dapat A tak cikgu?.....

Begitu tinggi harapan ibu dan ayah mereka shingga menitis airmata si anak dan bergenang air mata si ibu. Semoga akan ada perubahan pada anak didik kami. Kami sebagai guru akan tolong selagi mampu dan selagi terdaya. Tinggi harapan ibu bapa tinggi lagi harapan kami guru-guru!

PERTANDINGAN DIKIR BARAT


Bersempena Hari Kokurikulum dan Bulan Sains dan Matematik, Sekolah telah menganjurkan satu pertandingan Dikir Barat. Pertandingan ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 4 dan mengikut Kelab Persatuan. Untuk tidak melepaskan peluang, Kelab Perpustakaan turut sama menyertai pertandingan ini dan dikir barat yang disampaikan mestilah dalam loghat nogori. Berkat kerja sama akhirnya mereka berjaya jugak membuat persembahan walaupun masa berlatih suntuk. Kelab Perpustakaan juga telah bergabung dengan Kelab Multimedia memandang tidak cukup bilangan ahli. Kalah menang adat bertanding.... yang juara hanya satu kumpulan sahaja dan yang kalah lagi ramai.... jadi jangan risau dengan keputusannya!

TERIMA KASIH...


Pada 16 Julai 2009 telah diadakan satu jamuan di makmal fizik yang dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik. Jamuan ini diadakan khusus untuk meraikan Cikgu Faiz dan Cikgu Hafiz yang telah menjalani latihan praktikal mengajar di SMTTJ sejak 3 bulan yang lalu. Kedua-duanya telah mengajar mata pelajaran Fizik dan Matematik. Terima kasih kepada kalian berdua...semoga selepas ini akan bergelar guru yang berdedikasi, cemerlang, terbilang dan terbilang!!!

10 Julai 2009

LAWATAN PENANDA ARASAN SM TEKNIK WAKAF TEMBUSU TERENGGANU



Hari ini seramai 28 orang guru daripada SM Teknik Wakaf Tembusu telah datang melawat ke SM Teknik Tuanku Jaafar. Antara tempat yang dilawati ialah PSS SMTTJ. GPM Pn. Normali telah membawa mereka ke unit-unit yang terdapat di PSS iaitu Perpustakaan, SALC, Bilik Tayang dan Bilik BBM.

02 Julai 2009

PERPUSTAKAAN MINI DALAM KELAS


Terima kasih kepada kelas-kelas yang menyertai pertandingan perpustakaan mini dalam kelas. Pemenang akan menerima hadiah pada perhimpunan akan datang.


MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA