29 Januari 2013

ORIENTASI PSS 2013

Pada 29 Januari 2013, pukul 2.30 petang PSS telah mengadakan taklimat PSS kepada semua pelajar tingkatan 4 yang baru mendaftar.  Taklimat ini meliputi penerangan mengenai :

  • unit-unit di PSS
  • Program NILAM
  • Peraturan di PSS
  • Aktiviti di Pustakawan
  • Perkhidmatan di PSS
  • Proses pinjaman dan pulangan buku
  • Denda
Taklimat telah disampaikan oleh AJK Tertinggi PSS yang terdiri daripada Kamal, Farah, Najihah dan Hijratul.  Terima kasih pada semua yang terlibat, semoga ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan PSS.





28 Januari 2013

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 4 SESI 2013


PSS STTJ mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru.
Semoga kedatangan anda ke sini tidak sia-sia. 
Marilah kita sama-sama mencipta kejayaan demi
kejayaan untuk masa depan yang gemilang dan menaikkan nama sekolah.
Datanglah ke PSS selalu kerana
" SELANGKAH ke perpustakaan, SEJUTA pengetahuan"



RENUNGAN BERSAMA....



Nasihat Imam Al-Ghazali-ada 14 macam bentuk lidah yang harus diperhatikan manusia.
-Pertama - perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh membuatkan hati kasar.
-Kedua - mereka yang banyak bercakap, maka dia banyak bohong.
-Ketiga -  bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.
- Keempat - menyebabkan pertengkaran dan dendam.
-Kelima - banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.
-Keenam - mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.
-Ketujuh - ucapan yang mengandungi makian dan cacian.
-Kelapan - ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan.
-Kesembilan - ungkapan syair atau nyanyian yang membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang.
-Kesepuluh - senda gurau dengan memperolok-olok orang lain.

27 Januari 2013

AJK PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2013

 
NAMA
TING
JAWATAN
MUHAMMAD KAMAL ARIFFIN BIN SAMANI
5A1
PENGERUSI
FARAH SYAHIRA BT ABDUL RAHIM
5A3
NAIB PENGERUSI
NAJIHAH SYAZWANI BT MOHAMAD YUSUF
5P2
SETIAUSAHA
NUR HIJRATUL ATIKAH BT RASUL
5A2
AKAUNTAN
SITI NUR EZIANIE BT MOHAMAD A’ASHRI
5A2
KETUA HARI
AHMAD NAQIUDDIN BIN ABDUL RAHIM
5A3
KETUA HARI
MOHD NOR ASMAWI BIN MOHD JOHAR
5E1
KETUA HARI
MUHAMMAD SYUKRI HAKIM BIN NOR MUHAMAD
5E1
KETUA HARI
NOR AMIRA BT ROSLAN
5P1
KETUA HARI
NUR ELISHA BT ABU
5P1
AJK PAPAN KENYATAAN
HAMIDAH BT AB. RAHMAN
5A3
AJK PAPAN KENYATAAN

MUHAMMAD KAMAL ARIFFIN BIN SAMANI
FARAH SYAHIRA BT ABDUL RAHIM
NAJIHAH SYAZWANI BT MOHAMAD YUSUF
NUR HIJRATUL ATIKAH BT RASUL
PERHATIAN KEPADA SEMUA PUSTAKAWAN:
Anda dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya sebuah buku skrap untuk diserahkan kepada PSS selepas cuti pertengahan tahun 2013. Tajuk-tajuk yang boleh dipilih ialah:
1. Masalah sosial
2. Pendidikan
3. Sukan
4. Kemalangan
5. Alam Sekitar
6. Teknologi
7. Keagamaan
8. Kesihatan
9. Isu Semasa
10. Menarik

26 Januari 2013

AKTIVITI PSS - JANUARI 2013

Sepanjang Januari 2013, PSS telah mulakan aktiviti
dengan melengkapkan fail keratan akhbar
dengan berita-berita terkini.
 


PSS juga turut membuka gerai jualan buku NILAM dan 
penanda buku sempena hari pendaftaran
pelajar tingkatan 4. Alhamdulillah sambutan jualan 
sangat mengalakkan.





MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA