26 Januari 2010

LARIS!



Kaunter jualan PSS yang turut beroperasi pada 25Jan2010 sempena hari pendaftaran pelajar tingkatan 4, nampaknya telah mendapat sambutan hangat. Antara barang jualan ialah Buku NILAM, kad pinjaman dan bookmark. Kaunter jualan telah dibuka mulai pukul 8 pagi - 1 tengah hari. Pada hari tersebut juga kami turut membuka kaunter sumbangan buku. Kepada ibu bapa yang telah menyumbang buku, terima kasih diucapkan. Tidak lupa juga kepada Pengawas Pusat Sumber yang telah bertugas, jasamu tetap dikenang. Pada 26 Jan 2010 pula Pn. Normali selaku Guru Perpustakaan dan Media telah memberi taklimat kepada semua pelajar tingkatan 4 berkaitan PSS SMTTJ.

SELAMAT DATANG KE SMTTJ



Kepada semua pelajar tingkatan 4, Selamat Datang ke SMTTJ...
Tahniah kepada anda semua kerana terpilih ke sekolah yang bertuah ini.
Sama-samalah kita mencipta kejayaan demi kejayaan dalam memastikan SMTTJ
kekal cemerlang, gemilang dan terbilang. Kami warga SMTTJ sangat mengalu-alukan
kehadiran anda di sini....

18 Januari 2010

PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH



Hari ini bersamaan 18 Jan 2010 telah berlangsung penyampaian watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Acara dimulakan dengan penyampaian sijil watikah oleh Tuan Pengetua Tn Hj Arshad bin Hj Md Yusof kepada semua Pengawas Pusat Sumber. Kemudian diikuti oleh bacaan ikrar yang diketuai oleh Abdul Rauf bin Nordin yang merupakan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Semoga dengan perlantikan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah.

15 Januari 2010

PROGRAM "SATU KELUARGA SEBUAH BUKU"



Bersempena Perjumpaan Tiga Penjuru bagi pelajar Tingkatan 5 yang diadakan pada 15 Januari 2010, Pusat Sumber Sekolah mengambil kesempatan memohon sumbangan sekurang-kurangnya sebuah buku daripada ibubapa pelajar. Alhamdulillah, nampaknya usaha PSS tidak sia-sia memandangkan pada hari tersebut PSS telah berjaya mendapatkan sumbangan buku berjumlah 100 buah. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang telah menyumbang, semoga sumbangan anda diberkati Illahi.

KURSUS KEPIMPINAN



Pada tanggal 8 hingga 9 Januari 2010 telah dijalankan kursus kepimpinan bagi pengawas sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Antara ceramah yang diikuti ialah ceramah Jauhi Buli, Ceramah Disiplin dan Ceramah Jati Diri. Selain daripada itu mereka juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti sebelah malam.


MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA