05 Oktober 2012

JAMUAN PUSTAKAWAN 2012

Pada 14 Ogos 2012, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Wadi Ar Raudhah di Jalan Rahang.  Semua pustakawan telah menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Pn. Normali Abdul Ghani selaku Guru Perpustakaan dan Media STTJ.  Terima kasih kepada semua pustakawan atas kerjasama selama ini. JASAMU DIKENANG!









25 Julai 2012

PUSTAKAWAN PERCUBAAN TINGKATAN 4







Temuduga pustakawan tingkatan 4 telah dijalankan pada bulan April 2012. Seramai 31 orang pustakawan tingkatan 4 telah terpilih untuk menjalani tempoh percubaan.  Selamat bertugas dengan penuh rasa tanggung jawab, dedikasi, jujur, amanah dan ikhlas.  Moga anda terpilih untuk dilantik menjadi pengawas perpustakaan sepenuhnya!

MINGGU PSS 2012

     Pada 17 - 23 Jun 2012, PSS STTJ telah mengadakan Minggu PSS.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • lawatan ke Perak
  • pertandingan buku skrap
  • pertandingan powerpoint
  • pertandingan antara kelab dan persatuan
  • pertandingan mencipta kad ucapan
  • pertandingan mewarna kanak-kanak
  • jualan gerai makanan
  • pameran buku
  • tayangan filem
Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih atas kerjasama semua pihak!






28 Mac 2012

5S di PSS STTJ

Sepanjang bulan Februari hingga Mac, pustakawan, Pn. Normali, Pn. Effa dan semua guru PSS bertungkus lumus melakukan proses 5S iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL di PSS STTJ. Alhamdulillah akhirnya PSS berjaya menukar imej PSS ke arah yang lebih baik dan berbeza daripada sebelumnya. Semoga imej baru ini lebih disenangi oleh warga STTJ dan mengalakkan semua warga untuk menggunakannya. Terima kasih atas kerjasama semua pihak...

20 Januari 2012

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2012


PADA 16 JANUARI 2012, PUSAT SUMBER SEKOLAH TELAH MENGADAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN TINGKATAN 5 YANG TERDIRI DARIPADA 13 ORANG PELAJAR LELAKI DAN 16 ORANG PELAJAR PEREMPUAN. KESEMUA MEREKA TELAH MENJALANKAN TUGAS MULAI BULAN APRIL 2011. MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH PENGETUA SMTTJ, PN. HJH NORAZIAH BT RAMLI. AHMAD NUR SHUKRI B. AZMI SELAKU KETUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN TELAH MENGETUAI BACAAN IKRAR. SEMOGA PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN INI AKAN DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN LAGI KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.





MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA