20 Januari 2011

PERLANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN

Pada tanggal 17 Januari 2011 bersamaan hari Isnin bertempat di dewan besar sekolah, telah berlangsung majlis perlantikan pengawas perpustakaan. Seramai 35 orang pengawas perpustakaan yang terdiri daripada 11 lelaki dan 24 orang perempuan telah dipilih untuk menerima sijil perlantikan daripada Tuan Pengetua STTJ, Pn. Noraziah Ramli. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Imran Fahmi Lutfi selaku ketua pengawas perpustakaan. Semoga dengan perlantikan ini akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di PSS.

12 Januari 2011

PENGGUNAAN UNIT-UNIT PSS


Perhatian kepada semua warga SMTTJ. Anda semua digalakkan menggunakan Perpustakaan, SALC dan Bilik Tayangan. Kepada guru-guru, borang tempahan penggunaan unit-unit PSS ada ditampalkan di papan kenyataan bilik guru.

08 Januari 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR TINGKATAN 4 TAHUN 2011

Pada 4 Januari 2011, telah berlangsung majlis pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 4. Majlis dimulai dengan Taklimat oleh pengetua diikuti dengan pendaftaran kelas, pendaftaran asrama serta pembelian barang di koperasi sekolah. Pusat Sumber Sekolah juga telah membuka kaunter jualan PSS yang menjual buku NILAM, kad pinjaman dan penanda buku serta Kaunter Sumbangan buku. Seperti tahun-tahun sebelumnya kaunter jualan PSS telah mendapat sambutan hangat dan pihak kami sangat berbangga kerana Pengarah BPTV sendiri iaitu Tn Hj Ahmad Tajuddin Jab telah menjadi pelanggan pertama dengan membeli 10 keping penanda buku. Terima kasih kepada semua AJK yang telah bertugas sepanjang hari pendaftaran tersebut. " Bersama Menjana Kecemerlangan"


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG ANUGERAH PSS 2010

Pada 27 Oktober 2010 telah berlangsung Majlis Graduasi, Anugerah Kecemerlangan KoKurikulum dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah di dewan besar SMTTJ.







ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH 2010

SENARAI NAMA PEMENANG

1. PROGRAM NILAM

i. KATEGORI PELAJAR YANG MENCAPAI TAHAP SIJIL NILAM

Noh Irwan B Ahmad – 5A1

Siti Nazirah Bt Suhaimi – 5P1

Fatin Nur Izzati Bt Hire@Hairi – 5P1

Nabilah Nor bt Abd Rahman – 5P1

Siti Norlaila Bt Abd Halim – 5A2

Nur Halimatus Sa adiah Bt Mohd Kamal – 5A2

Nabela Huda bt Zain – 5A2

Nurhaniza Bt Safie – 5A2

Zuliza Bt Mokhtar – 5A2

Nurul Nadila Atika bt Jamaluddin – 5A2

Nurshahirah Bt Ishak – 5E2

Nuratikah Bt Saat – 4P2

Nurul Athirah Bt Muzahar - 4P1 ( Pembaca Terbanyak – 745 Buah Buku)

ii. KATEGORI KELAS TERBAIK UNTUK PROGRAM NILAM

Johan - Tingkatan 5P1

Tempat kedua – Tingkatan 5A3

Tempat ketiga – Tingkatan 5E1

2. PERTANDINGAN PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR OLEH GURU

Johan - Pn. Azizah bt Mohamad

Tempat kedua - Pn. Noorul Khairien bt Abdul Malek

Tempat ketiga - Pn. Hamidah bt Bakar

Tempat keempat – Cik Yeo Kim Yen

Tempat kelima – Pn. Juliza bt Abdullah

3. PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN MINI ANTARA TINGKATAN

Johan – Tingkatan 4M3

Tempat kedua – Tingkatan 4E2

Tempat ketiga – Tingkatan 4M1

4. PERTANDINGAN PAPAN KENYATAAN

Johan – Kelab Reka Cipta Dan Inovasi

Tempat Kedua – Kelab Kebitaraan Bola Jaring

Tempat Ketiga – Panitia Matematik Tambahan

5. PEMINJAM BUKU PERPUSTAKAAN TERBANYAK BAGI TAHUN 2010

Tingkatan 4 : Nurul Athirah Bt Muzahar – 4P1

Tingkatan 5 : Fatin Nur Izzati Bt Hire@Hairi – 5P1

6. PEMBACA TERBANYAK BAGI PROGRAM MEMBACA GURU DAN STAF SEPANJANG TAHUN 2010

Johan - Pn. Hjh Normala Bt Yusoff

Tempat kedua - Pn. Azizah Bt Mohamad

Tempat ketiga - Pn. Anna Diana Bt Aziz

Tempat keempat – Pn. Siti Norbaya Bt Brahan

Tempat kelima – Pn. Hjh Ramlah Bt Abd Jalil

7. PENGHARGAAN ATAS JASA DAN SUMBANGAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN TINGKATAN 5 SEPANJANG TEMPOH PERKHIDMATAN DARI 2009 HINGGA 2010

Abdul Rauf Bin Nordin - Ketua Pengawas Perpustakaan (mewakili pengawas perpustakaan Tingkatan 5)

8. ANUGERAH KHAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGAWAS PERPUSTAKAAN CONTOH

Fatin Nur Izzati Bt Hire@Hairi – 5P1

· Peminjam buku terbanyak 2010

· Program Membaca mencapai tahap NILAM

· Akauntan perpustakaan cemerlang

· Pengawas perpustakaan contoh 2010




MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA