Pada 4 Januari 2011, telah berlangsung majlis pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 4. Majlis dimulai dengan Taklimat oleh pengetua diikuti dengan pendaftaran kelas, pendaftaran asrama serta pembelian barang di koperasi sekolah. Pusat Sumber Sekolah juga telah membuka kaunter jualan PSS yang menjual buku NILAM, kad pinjaman dan penanda buku serta Kaunter Sumbangan buku. Seperti tahun-tahun sebelumnya kaunter jualan PSS telah mendapat sambutan hangat dan pihak kami sangat berbangga kerana Pengarah BPTV sendiri iaitu Tn Hj Ahmad Tajuddin Jab telah menjadi pelanggan pertama dengan membeli 10 keping penanda buku. Terima kasih kepada semua AJK yang telah bertugas sepanjang hari pendaftaran tersebut. " Bersama Menjana Kecemerlangan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan