30 Jun 2009

BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Bulan Sains dan Matematik dijalankan sepanjang bulan Julai. Semua guru dalam Bidang Sains dan Matematik di kehendaki memberikan kerjasama dengan ketua panitia bagi menyediakan dua aktiviti utama iaitu Kuiz Marathon dan juga Kembara Ilmu bersama TEAMS . Selain daripada itu pelajar juga akan didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan Sains dan Matematik, Kursus Kepimpinan, Kursus Komunikasi/Pengucapan Awam, Lawatan ke UKM, Kuiz Olympiad Kimia pada 18 Julai dan Kuiz Kebangsaan Fizik pada 30 Julai. Pemilihan pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan membina blog untuk mewakili Bidang Sains dan Matematik. Guru dan pelajar juga dijemput untuk mempromosikan blog masing-masing. Tarikh akhir penyertaan ialah 24 Julai 2009.
Syarat - syarat pertandingan blog:
1. Blog mestilah original
2. Mempunyai Tema
3. Sekurang-kurangnya 2 column
4. Kreatif dan Inovatif
5. Sesuai untuk dilink ke laman web sekolah
6. Lengkap berinfomasi dan menarik
7. Mempunyai button untuk kembali ke laman web sekolah

29 Jun 2009

HARI KOPERASI DAN MINGGU PSS







Berkat kerjasama semua pihak akhirnya sambutan Hari Koperasi dan Minggu PSS telah berjalan dengan meriahnya bermula 24 Jun dan kemuncaknya pada 27 Jun 2009. Pelbagai program telah dijalankan yang antaranya pertandingan pidato, sudoku, teka silang kata, menulis esei, sukaneka, buku skrap, membina gajet, puzzle, karaoke, pakaian beragam, pameran dan jualan buku, tayangan gambar, gerai jualan makanan, penjualan penanda buku, ceramah Lestari Bahasa bersama Pn. Hjh Mahaya, penyerahan tanaman kaktus, Futsal, Pentanq dan yang peristiwa yang paling penting ialah pelancaran Laman Blog PSS. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah turut sama-sama menjayakan sambutan ini. Nampaknya gerai jualan laris macam goreng pisang panas!!! Syabas dan tahniah kepada semua pemenang!!!

24 Jun 2009

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Pelajar-pelajar bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan pertengahan tahun yang berjalan mulai 16 - 26 Jun 2009. Didoakan semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Lepas ni cikgu-cikgu sibuk la menyemak kertas....
Tetapi kepada semua warga sekolah dalam kesibukan tu jangan lupa Hari Koperasi Sekolah dan Minggu PSS ya... Terima kasih atas kerjasama semua.

16 Jun 2009

PROGRAM SEKOLAH KEMBAR

Program Sekolah Kembar (BUKIT TINGGI) JPN -STTJ . Program Anak Angkat dan Guru Magang melibatkan kolaborasi antara Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Malaysia. Mesyuarat Sekolah Kembar telah berlangsung di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar Seremban pada 15 Jun 2009. Program peyerahan anak angkat akan di buat pada 22 hb Jun 2009 di Dewan Besar Tuanku Jaafar Seremban. Program Sekolah Kembar akan bermula pada 22 Jun - 5 Julai 2009. Selamat Datang kepada semua pelajar yang terlibat dalam program sekolah kembar ini. Selamat Datang ke Negeri Adat " Keunikan Budaya Teras Pemantapan Akhlak Mulia".

HARI KOPERASI SEKOLAH DAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar akan mengadakan Hari Koperasi sekolah dan Minggu Pusat Sumber Sekolah pada 24 hingga 27 hb Jun 2009.

Perlaksanaan aktiviti adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan aktiviti Ko Akademik bagi pembangunan sahsiah pelajar. Pusat Sumber sebagai pusat gedung ilmu akan bekerjasama dengan koperasi sekolah menjalankan pelbagai aktiviti sempena minggu ini.

Warga STTJ adalah dipelawa menyertai karnival ini agar ianya lebih meriah dimana melibatkan segenap lapisan masyarakat dan komuniti setempat.
Tema HKS pada tahun ini adalah Integrasi Koperasi Dewasa dan Koperasi Sekolah Teras Kecemerlangan . Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk pelajar, kanak-kanak tadika, guru dan juga komuniti setempat . Bagi menyokong aktiviti ini, pihak penganjur membuat jualan Kupon berharga RM 5.00 sahaja. Keterangan lanjut sila berhubung dengan ALK Koperasi dan juga AJK Pusat Sumber.Maklumat dan cadangan daripada pihak tuan/puan boleh di emailkan kepada minah_sttj@yahoo.com atau normalifaizal@yahoo.com


MySpace Layouts
MySpaceLayouts

PANORAMA DAN PRASARANA