Sebagai permulaan sebelum dilantik sebagai pengawas perpustakaan SMTTJ, pustakawan percubaan tingkatan 4 telah diberi taklimat bagaimana menjalankan tugas-tugas di PSS. Antaranya mereka telah diberi penerangan mengenai tugas-tugas di kaunter, mengendalikan mesin fotostat, mesin laminate, mesin binding, proses buku baru dan penyusunan buku-buku serta majalah di rak. Semoga semua pustakawan percubaan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan